Saya menikmati buku Universiti Kedua tulisan Kassim Ahmad dengan rasa penuh kepuasan justeru sudah sekian lama saya mencari buku ini akhirnya saya bertemu buku ini ketika pergi ke Pulau Pinang untuk menghadirkan diri dalam program Diskusi Buku Menuju PAS Baru di Dewan Millenium, Kepala Batas.
Walaupun nipis tetapi harganya agak mahal. RM30. Tapi kerana cintakan buku maka pejam mata ketika membayar |
Seperti biasa, jika sudah ke Kepala Batas, wajib rasanya untuk singgah sebentar ke kedai buku Qalaminda yang terletak berhampiran dengan Kompleks Dato' Kailan. Qalaminda tidak terlalu besar namun mampu memberi kepuasan kepada peminat buku-buku yang kontroversi cuma saya masih tidak ketemu lagi dengan buku Hadith-Satu Penilaian Semula, juga tulisan Kassim Ahmad.
Dahulu, ketika sempat berkhidmat dengan Persatuan Ulama Malaysia, Pulau Pinang, sejurus tamat pengajian di UUM, sememangnya Qalaminda menjadi tempat untuk saya menjalani terapi yang cukup menenangkan hati dan fikiran.
Melihat buku-buku yang berharga dan bernilai isinya cukup memberikan kepuasan kepada saya apatah lagi buku yang dijual pula tidak seperti yang terdapat di sesetengah kedai buku yang lain yang mana buku-bukunya adalah biasa sahaja isi yang ditawarkan untuk pembaca.
Di Qalaminda, saya sempat memiliki sejumlah koleksi risalah yang kecil dan comel namun berunsurkan Islam Liberal. Maklumlah, risalah ini pula diterbitkan oleh Middle-Eastren Graduates Centre (MEGC) yang cukup giat mempromosikan isu-isu kebebasan dan masyarakat sivil. Saya pula memangnya meminati buku-buku seperti ini maka menjadi kewajipan untuk saya mengumpul koleksi buku kontroversi seperti ini. Mungkin pada kesempatan yang lain akan saya bercerita tentang buku-buku tersebut. Insya-Allah.
Berbalik kepada buku Universiti Kedua, buku ini yang diterbitkan semula oleh ZI Publications merupakan sebuah catatan pengalaman Kassim Ahmad ketika beliau merengkok dalam penjara dan ISA kerana dituduh mendokong aspirasi Komunisme yang mana ketika itu menjadi ancaman terbesar negara kerana pernah ada ura-ura yang mengatakan bahawa Komunisme bakal menumbangkan kerajaan Malaysia bagi membolehkan pendokong Komunisme menubuhkan sebuah kerajaan baru di Malaysia.
Menariknya buku ini, prakata oleh Kassim Ahmad menunjukkan perubahan sikap dan pendapat beliau terhadap ISA. Jika dahulu dia menganggap ISA perlu dimansuhkan, namun ketika ini beliau menganggap ISA perlu diteruskan bahkan menjadi satu kewajipan pula justeru ISA mampu untuk mengekalkan keharmonian dalam amalan bernegara dan bermasyarakat.
Jika buku ini saya baca ketika awal dahulu, barangkali saya tertinggal membaca pandangan beliau yang terbaru mengenai ISA, mujur juga saya membaca cetakan tahun 2010, maka catatan beliau dalam ISA satu ketika dahulu menjadi satu refleksi baru dalam dirinya ketika ini. Refleksi beliau terhadap kehidupan beragama juga turut beliau sentuh dalam bukunya yang lain iaitu Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam.
Seingat saya dahulu pernah berbual dengan seorang pensyarah di UUM mengenai buku ini, walaupun tidaklah terlalu mendalam perbincangan kami, namun cukup membuatkan saya begitu teruja untuk mencari buku ini. Mungkin faktor perbincangan yang sihat dan bertenaga antara tenaga pengajar UUM dengan mahasiswanya, maka sentimen yang negatif sudah diletakkan ketepi terlebih dahulu. Begitu juga dengan perbincangan mengenai Kassim Ahmad, saya menikmati kepuasan mengenali jalur pemikiran beliau yang sebenarnya lebih luas lagi berbanding dengan hanya melabel beliau sebagai 'Anti-Hadith' semata-mata. Barangkali beberapa aspek mungkin saya tidak setuju namun ketidak setujuan tersebut adalah kerana saya yang masih belum membaca dan memahami apa yang beliau perkatakan.
Memangnya satu penipuan terbesar yang pernah saya alami ialah saya tertipu dengan dakwaan golongan agama yang begitu keras mengecam dan mengkritik aliran yang berbeza hinggalah sikap begini turut dilakukan oleh ramai mahasiswa Islamik. Rupanya bila perbincangan antara saya dan mereka berlangsung, ternyata mereka sangat dangkal dalam memberi hujah bahkan cukup memalukan apabila kesemua mereka langsung tidak pernah membaca apatah lagi memahami pemikiran yang berbeza itu dengan lebih mendalam. Inilah kemalangan paling dahsyat yang wajib dijauhi oleh mereka jika mahu menghidupkan kembali sebuah kebangkitan baru.
Dalam buku ini, Kassim Ahmad lebih banyak menunjukkan refleksi dirinya sebagai hamba kepada suatu Dzat Esa. Universiti Kedua yang dimaksudkan oleh beliau sendiri ialah ISA itu sendiri. Disebut universiti kerana ISA banyak meletakkan dia dalam keadaan yang senantiasa banyak berfikir, menulis, beribadah dalam membentuk keutuhan peribadi dan pemikiran. Apatah lagi ISA senantiasa menjadi tempat yang cukup mengancam seseorang.
Disini pembaca boleh menilai bagaimana Kassim Ahmad meletakkan dirinya sebagai seorang Islam yang senantiasa mencari demi membuktikan sesebuah kebenaran, bahkan dia menolak Islam baka yang menyebabkan seseorang itu lebih gemar duduk selesa daripada mencari dan berusaha menyelami hakikat sebenar sebuah kebenaran. Ringkasnya, dia berjaya menunjukkan kedudukan sebenar seorang Muslim dalam mencari kebenaran Islam melalui cara Taqarrub kepada Allah dan menuntut ilmu sebanyak-banyaknya.
Episod bagaimana novel beliau "Zaman Pancaroba" dirampas dan tidak dicetak, cubaan menyingkirkan beliau dari kerusi kepimpinan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), dan sebagainya menyebabkan saya selalu berfikir erti keperitan dalam sebuah perjuangan. Sekurang-kurangnya ISA bukan tempat untuk semangat pejuang dipatahkan bahkan harus menjadi tempat untuk pejuang kembali ber'tapa', menilai kemampuan diri dan banyakkan berfikir dan mendekatkan diri kepada Tuhan Rab al-Jalil.
Sekarang Kassim Ahmad sudah menyatakan riwayat hidupnya dalam sebagai seorang tahanan. Pasti ramai yang tertunggu-tunggu bilakah pula Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menulis kisah hidupnya sebagai seorang tahanan.
Menariknya buku ini, prakata oleh Kassim Ahmad menunjukkan perubahan sikap dan pendapat beliau terhadap ISA. Jika dahulu dia menganggap ISA perlu dimansuhkan, namun ketika ini beliau menganggap ISA perlu diteruskan bahkan menjadi satu kewajipan pula justeru ISA mampu untuk mengekalkan keharmonian dalam amalan bernegara dan bermasyarakat.
Jika buku ini saya baca ketika awal dahulu, barangkali saya tertinggal membaca pandangan beliau yang terbaru mengenai ISA, mujur juga saya membaca cetakan tahun 2010, maka catatan beliau dalam ISA satu ketika dahulu menjadi satu refleksi baru dalam dirinya ketika ini. Refleksi beliau terhadap kehidupan beragama juga turut beliau sentuh dalam bukunya yang lain iaitu Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam.
Sehari suntuk menghabiskan masa untuk menghabiskan buku ini. Sudah lupa banyak butiran ketika membeli buku ini. |
Memangnya satu penipuan terbesar yang pernah saya alami ialah saya tertipu dengan dakwaan golongan agama yang begitu keras mengecam dan mengkritik aliran yang berbeza hinggalah sikap begini turut dilakukan oleh ramai mahasiswa Islamik. Rupanya bila perbincangan antara saya dan mereka berlangsung, ternyata mereka sangat dangkal dalam memberi hujah bahkan cukup memalukan apabila kesemua mereka langsung tidak pernah membaca apatah lagi memahami pemikiran yang berbeza itu dengan lebih mendalam. Inilah kemalangan paling dahsyat yang wajib dijauhi oleh mereka jika mahu menghidupkan kembali sebuah kebangkitan baru.
Dalam buku ini, Kassim Ahmad lebih banyak menunjukkan refleksi dirinya sebagai hamba kepada suatu Dzat Esa. Universiti Kedua yang dimaksudkan oleh beliau sendiri ialah ISA itu sendiri. Disebut universiti kerana ISA banyak meletakkan dia dalam keadaan yang senantiasa banyak berfikir, menulis, beribadah dalam membentuk keutuhan peribadi dan pemikiran. Apatah lagi ISA senantiasa menjadi tempat yang cukup mengancam seseorang.
Disini pembaca boleh menilai bagaimana Kassim Ahmad meletakkan dirinya sebagai seorang Islam yang senantiasa mencari demi membuktikan sesebuah kebenaran, bahkan dia menolak Islam baka yang menyebabkan seseorang itu lebih gemar duduk selesa daripada mencari dan berusaha menyelami hakikat sebenar sebuah kebenaran. Ringkasnya, dia berjaya menunjukkan kedudukan sebenar seorang Muslim dalam mencari kebenaran Islam melalui cara Taqarrub kepada Allah dan menuntut ilmu sebanyak-banyaknya.
Episod bagaimana novel beliau "Zaman Pancaroba" dirampas dan tidak dicetak, cubaan menyingkirkan beliau dari kerusi kepimpinan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), dan sebagainya menyebabkan saya selalu berfikir erti keperitan dalam sebuah perjuangan. Sekurang-kurangnya ISA bukan tempat untuk semangat pejuang dipatahkan bahkan harus menjadi tempat untuk pejuang kembali ber'tapa', menilai kemampuan diri dan banyakkan berfikir dan mendekatkan diri kepada Tuhan Rab al-Jalil.
Sekarang Kassim Ahmad sudah menyatakan riwayat hidupnya dalam sebagai seorang tahanan. Pasti ramai yang tertunggu-tunggu bilakah pula Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menulis kisah hidupnya sebagai seorang tahanan.
No comments:
Post a Comment