Apa nilaian yang mesti untuk kita lihat sebagai bukti kepada patriotik?
Orang filem mengakui mereka patriotik walaupun akuan ini kelihatan tergantung berdasarkan hasil-hasil karya filem mereka. Kerana berapa banyak pengkarya-pengkarya yang bersemangat menghasilkan filem bercorak begini? Tak perlu ditanya dalam setahun atau dua tetapi berapa koleksi filem sebegini ada dalam khazanah perfileman negara?
Orang agama begitu juga dengan patriotisme. Ceramah dan forum bila musim kemerdekaan selalu mengungkapkan perkataan-perkataan yang memaparkan akan semangat cintakan tanah air. Maka banyak pula ayat Al-Quran dan hadith digunakan untuk menyokong pendapat mereka.
Orang politik paling lantang bersuara akan persoalan patriotik dalam setiap kempen dan dalam dewan rakyat. Kerajaan Perak INGIN bertukar kenderaan rasmi kepada Toyota Camry dikatakan (dengan mendabik dada walaupun perut buncit yang bercakap lebih terkehadapan berbanding dadanya)
“Ini tidak patriotik!!!!”
Sambutan kemerdekaan dijalankan setiap tahun walaupun lagu-lagu sementara menanti detik 12 berasal dari segenap ceruk dunia atas alasan inilah kesan globalisasi yang sedang berlaku dalam dunia hiburan. Whatever!
Namun adakah segala agenda golongan ini menuju kepada erti hakikat patriotik?
Adakah filem kita bersifat patriotik? Jika ya berapa banyak filem-filem berunsur patriotik diarah dan diterbitkan.
Amerika Syarikat (AS) adalah sebuah negara yang punyai bangsa yang sangat patriotik. Samuel P Huntington dalam bukunya “Who Are We” diterjemahkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) Berhad membicarakan hampir terperinci erti sebuah ‘Amerika’ dalam identiti diri rakyatnya dengan tunjang mereka adalah Rukun Amerika yang mula-mula sekali dirumuskan oleh Thomas Jefferson itu sendiri.
Filem-filem mereka antara bentuk manifestasi kepada nilai patriotik tersebut. Tidak juga semestinya mereka mengatakan ini filem patriotik tetapi nilaian dalam kebanyakan garapan filem mereka adalah patriotik.
Saya yang berulang kali menonton Transformers melihat nilai patriotik dalam diri rakyatnya.
Watak utamanya, Sam bukan seorang ulat buku yang asyik berbicara erti patriotik. Sam, seperti remaja lain, inginkan sebuah kereta, seorang gadis namun pengarahnya mengetengahkan watak begini untuk apa?
Untuk menunjukkan (barangkali) bahawa tugas membela negara adalah tanggungjawab semua rakyatnya. Kau orang kecil aku orang besar tapi bila negara ini digugat kau dan aku punya tanggungjawab yang satu. Bela dan pertahan Amerika.
Mikaela, dengan segala rekod jenayah yang ada tetap dianggap patriotik justeru tidak melarikan diri sejauh-jauhnya ketika pertempuran antara dua kumpulan gergasi robot –Autobots dan Megatron-berlaku. Mereka gadaikan jiwa demi negara.
Barangkali banyak nilai patriotik-jika kita mahu-yang boleh diambil untuk diubah-ubah supaya sesuai dengan selera dan cara fikir orang Malaysia. Selalu cerita patriotik ditonjolkan hanya melalui ulangan kembali cerita-cerita sejarah.
Leftenan Adnan-filem sejarah patriotik yang amat saya minati-, Kapten Hasan-selalu P Ramlee sahaja heronya, Hati Malaya-akan cuba dicari filem ini melalui rakan-rakan tetapi seperti tiada yang gemar genre ini-, dan sebagainya.
Tertunggu juga kalau-kalau ada pengkarya beraliran pro-pakatan yang mahu menerbitkan filem tentang perjuangan Dr Burhanuddin Al-Helmy atau Ahmad Boestamam atau sebagainya tapi ini semua bukanlah mustahil tapi agak mustahil.
Teliti saja novel Faisal Tehrani, 1511, betapa Tun Nyemah Mulya dinafikan kisahnya dalam aliran sejarah tanah air. Kerana apa?! Kerana hal ini membabitkan maruah pembesar negara dahulu kala.
Dalam konteks moden, Cicak Man wajar menjadi filem patriotik bukan berunsur sejarah Malaysia tetapi jangankan jiwa, infrastruktur hampir tiada bersifat Malaysia-teksi berwarna kuning, bangunan Prof Klon seakan-akan bangunan di Bandar Gotham, berpakaian sejuk?
Cicak banyak di Malaysia maka adakah iklim di Malaysia tidak sesuai pula untuk Cicak Man sehingga setiap penduduk Metrofulus memakai pakaian seperti dalam musim sejuk.
Saya tidak menyuruh kita berbaju Melayu atau kurung- bahkan sangat jelas pula kejumudan memahami erti Malaysia dan budaya dalamnya.
Filem ini adalah gambaran hero baru Malaysia, penonton luar negara mesti dihidangkan dengan filem yang bukan sahaja mengetahui ini hero baru Malaya bahkan mereka mesti dikejutkan bahawa iklim di Malaysia sesuai untuk hero begini jika tidak ini kelihatan seperti Cicak Man hero Malaya tetapi medan pertempurannya adalah seperti di bandar Gotham seolah-olah kalau diterbalikkan seperti Batman berada di Bandaraya Ipoh.

No comments:
Post a Comment